Untuk Wanita

Sabtu, 13 Juli 2013 04:49:17 - by : Iwan Muhaimin
print send pdf

Sampaikanlah Kepada Wanita.........................

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.

4. 2 rakaat sholat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat sholat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak nyenyak kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang mengolah tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga sholat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun sholat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengaruniakan satu
pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun sholat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa syurga
wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun sholat dan puasa.

22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
80
tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

=====================================================
Apabila kita mencintai hidup kita ini,
maka hidup ini akan balik mencintai kita pula.

 

 

sumber:

From: Edi Damhudi[SMTP:adzany@gs.astra.co.id]
Sent: Tuesday, April 01, 2003 10:48 AM
To: 'majalah-permata@yahoogroups.com'; 'sabili@yahoogroups.com'
Subject: [Sabili] RE: Sampaikanlah Kepada Wanita

 

Tags : ilmu

More :

0 Respon to "Untuk Wanita"

Comment visitor

Name* :
Email* :
Website :
Comment* :
Caphca* :
   
   

Kontak •  Berita •  Lowongan •  Gallery •  Al-Quran Online •  Peta Situs •  RSS